menu

SLIDESHOW SK LUMUT

Info Terkini

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK LUMUT SESI TAHUN 2017

..

03 November, 2016

Majlis Khatam Al-Quran Dan Pertandingan Sepanduk Maal Hijrah Peringkat Daerah Manjung


Majlis Khatam Al-Quran Dan Pertandingan Sepanduk 
Maal Hijrah Peringkat Daerah Manjung

Tahniah di ucapkan kepada SK Lumut kerana berjaya menduduki tempat ke-2 didalam pertandingan Sepanduk Maal Hijrah Peringkat daerah Manjung yang diadakan di SK Nakhoda Muhamad Taib.Majlis ini dirasmikan oleh Dato Azri Bin Jaafar selaku Pegawai Khas ADUN  Lumut Pangkor.


02 November, 2016

Program Pengurusan Jenazah Peringkat SK Lumut 2016


Buat julung-julung kalinya ,pihak sekolah telah mengadakan satu program pengurusan jenazah untuk murid-murid Tahap 2.Program ini diadakan untuk membantu  murid dalam kefahaman terhadap cara pengurusan jenazah yang betul dan memberi murid persediaan.Program ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan penceramah undangan adalah Ustaz Muhamad Fairuz Bin Zakaria dari Unit TLDM.


10 October, 2016

HARI SUKAN NEGARA


HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Hari Sukan Negara telah berlangsung dengan jayanya di seluruh negeri di Malaysia.Bersempena dengan hari perlancarannya,pihak sekolah telah mengadakan program untuk Hari Sukan Negara yang  telah diadakan pada hari Sabtu ( 8/10/2016) di tapak perhimpunan SK Lumut.


HARI TEMASYA SUKAN SEKOLAH


HARI TEMASYA SUKAN 
SEKOLAH KEBANGSAAN LUMUT

SK Lumut telah mengadakan hari temasya sukan tertutup peringkat sekolah pada hari Jumaat 07/10/2016 .Temasya sukan kali ke-35 ini dirasmikan oleh En Mohd Azli Bin Ismail selaku Pengerusi PIBG SK Lumut.


AKTIVITI /SUKAN

 photo BOLA JARING.jpg  photo BOLA TAMPAR3.jpg